Ipoh IRCC TROPHY CHALLENG Round 2

TRCK: Paking Veloderom Rakyat

Tarikh: 16-5-2010

Yuran: RM 50 (INCLUDING LUNCH)

CLASS: 1/10 GP/EP



GP: Expert & Novis

BODY: 200MM TOURING

TYRE: FOAM

ENGINE: Open - Expert

ENGINE: .12 -.18 NO-Turbo for Novis

RACERS: Novis Terpilih Shj



EP: Expert

KIT: 1/10

BODY: 190mm TOURING

Tyre : Rubber

Motor: Open

ESC: Open

Battery: Open



EP Novis

KIT: Open ( 1/10 + Mini 4WD )

BODY: Open

Tyre : Open

Motor: Brushed 23T and above

ESC : Brushed

Battery: Lipo 30c, Nimah, NiCd Novis



TRANSPONDER: D&A System Servis...( Tiada PT kecuali "ROBITRONIC" )

PARTICIPANTS: LIMITED TO GP-30, EP-30 RACERS

Peringatan:

Tarikh Tutup Pendaftaran 12/5/2010, Yuran Hendaklah dijelaskan dahulu, jika tidak dijelaskan kami angap anda tidak hadir Terimakasih.

__________________

Hobby Endut Center 012-5267099
http://www.rctech.net/forum/malaysian-r-c-racers/349205-ipoh-ircc-trophy-challenge-31.html

Batu Gajah Fun Race & MNC Round 3

11 April telah berlangsung Batu Gajah Fun Race & MNC Round 3. Alhamdulillah race dapat dijalankan dengan lancar. Disebabkan ramai peserta yang menyertai race kali ini semua heat dijalankan bersilih ganti.. dengan kata lain tanpa henti dan tiada rehat untuk makan tengahari.. kalau lapar pandai-pandai le curi makan untuk isi perut... Makan tengahari pun memang mengamcam.. Nasi Vonggey.
Ini merupakan kali kedua race diadakan di Arena Square.. race diadakan dibawah bumbung ( Indoor ).. oleh itu peserta nampak selesa kerana tidak kepanasan..

Kelantan Challenge 2010

16 Januari 2010, kali ini gang-gang perak berkampong di Kelantan bagi mengikuti Kelantan RaceChallenge 2010 sempena perasmian Excellent Speedway Kota Bharu. Seramai 79 peserta dari seluruh tanahair telah mendaftarkan diri untuk mengikuti race kali ini bagi kategori 1/10 GP manakala seramai 11 peserta bagi kategori 1/8 GP.

 
  
  
  
  
 

  
 

Test Transponder

Assalamualaikum.. Semalam hari ahad 10 januari 2010.. Bro Dis Satey buat sesi race test transponder baru.. Tahniah bro Din kerana telah maju setapak lagi. Lepas ni boleh la buat race selalu di Ipoh. Sesi ujian transponder ni sebenar sambungan dari sesi minggu lepas yang gagal kerana masalah teknikal dan juga cuaca hujan.

kali ini Bro Din terpaksa usung PC turun track.. ini disebabkan laptop dia pakai system Vista tapi sistem Transponder ni pakai Windows XP.. jadi sementara laptop ditukar versi Windows XP terpaksala diturunkan PC semata-mata nak menjayakan sasi
Tapi masalah lain pulak bila pakai PC.. kena ada punca elektrik.. Bawa generator rosak lak.. terpaksa cari mekanik lak, repair generator..

26 DISEMBER 2009 - RACE MOH BELIA 1MALAYSIA PERAK

Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung Blog ni.. Pejam celik pejam celik kita dah melangkah ke tahun 2010. Diharapkan tahun ini aktiviti RC car dibandaraya Ipoh akan terus dan bertambah meriah hendaknya. Untuk pengetahuan semua sebelum berakhirnya tahun 2009, Teluk Intan sekali lagi menjadi medan untuk peminat-peminat RC car. Sempena karnuval Moh Belia 1Malaysia Perak 2009 anjuran Exco Kesenian,Kebudayaan,Belia dan Sukan Perak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang berlangsung pada 26 disember 2009 satu pertandingan kereta kawalan radio turut diadakan.






Seramai lebihkurang 40 peserta dari seluruh Malaysia menyertai pertandingan tersebut... walaupun kali ini jumlah peserta agak berkurangan ( sebab esok 27 disember juga ada pertandingan di Perlis ) tapi kemeriahan tetap ada dengan kehadiran beberapa Pemandu terkenal dari seluruh malaysia seperti Abe Dey - Kelantan, M.Shah @ Doremon - Ipoh, Pau kacang-Ipoh, Amir Ninja-KL, Ijan - manjung, member-member dari Utara dan sebagainya.





Ramai peserta kali ini agak keciwa kerana sehari sebelum perlawanan kebanyakanya tidak sempat untuk menguji litar dan jentera masing-masing. Ini adalah disebabkan hujan turun dari jam 3 petang 25/12/2009 hingga la ke malam. Jentera hanya dapat diuji dan di 'Setting' pada pagi 26/12/2009 sebelum pertandingan bermula jam 9.00 pagi. pada sebelah petangnya hujan sekali lagi turun dengan lebatnya selepas selesai Final 'A' main dan 'B' main dan juga EP. Final 'C' main tidak dapat dibuat dan keputusan mengikut percapaian semasa hit 1,2 dan tiga sahaja.
Keputusan Pertandingan:-

A Main Final - 1/10 GP

Pos Name Result Ave Best

1 Ijan 166 / 2409.55/ 14.51/ 13.38
2 Zul Ojoy 165 / 2413.20/ 14.62/ 13.52
3 Pau Kacang 164 / 2404.63/ 14.66/ 13.60
4 Mshah 162 / 2408.52/ 14.86/ 13.53
5 Abe Dir 160 / 2408.14/ 15.05/ 13.18
6 Azizi Semut Api 97 / 1613.61/ 16.63/ 14.61
7 Afat 92 / 1462.05 15.89/ 14.25
8 Ab Azizi 83 / 1291.93/ 15.56/ 14.03
9 Esham 67 / 1390.70/ 20.75/ 13.68
10 Azmi 42 / 959.85/ 22.85/ 14.73

/10 Gas Power - B Final
1 Amir Ninja 99 / 1592.02/ 16.08 /14.48
2 Ah Sing 98 / 1580.36/ 16.12/ 14.49
3 Joe 94 / 1575.27 16.75/ 13.93
4 Haq Ozawa 94 / 1581.75/ 16.82/ 13.21
5 Ziee Ziee 92 / 1568.83/ 17.05/ 15.02
6 Lan 87 / 1575.63/ 18.11/ 12.45
7 Hafeez Fantini 85 / 1586.63/ 18.66/ 13.86
8 Abu Esso 82 / 1448.80/ 17.66/ 15.04
9 Helmi 68 / 1584.43/ 23.30/ 14.65
10 Aie 58 / 1032.64/ 17.80/ 14.47

1/10 Gas C Final
1 Yeop
2 Tengku
3 Afiq

/10 EP Touring - A Final
1 Pau Kacang 20 / 303.16 15.15 14.17
2 Ah Sing 20 / 308.32 15.41 14.58
3 Yeop 14 / 302.82 21.63 15.16
4 Dannial 12 / 207.85 17.32 14.95

Selamat Datang ke Ipoh RC Car Team

Foto saya
Laman Web ini diwujudkan bertujuan untuk menghimpunkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peminat Kereta Kawalan Radio di Perak. Sebarang cadangan untuk menambahbaik laman ini atau menambahkan bahan-bahan, sila majukan kepada Web master di ipohrcar@gmail.com

Tshirt Ipoh RCar Team

Berminat untuk mendapatkan T-Shirt Ipoh RCar Team

Tshirt berwarna kuning hitam iaitu warna kebanggan Negeri Perak. Peminat-peminat RC car yang berhajat untuk mendapatkan Tshirt tersebut boleh berhubung dengan En. Lemantoi ( 012-5232917 ) atau Tengku ( 019-5533691 ). Sehelai RM 40.00 sementara stok masih ada ( Stok terhad.. kalau ada permintaan kita buat lagi )

Race Batu kawan