IPOH IRCC TROPHY CHALLENGE 08/09

Assalamualaikum...
13 Dis 2009 telah berlangsung Race Ipoh IRCC Trophy Challenge 08/09 bertempat di Taman DR Ipoh.. Walaupun penyertaan peserta-peserta berkurangan tetapi kemeriahan tetap ada. Persaingan dalam merebut gelaran juara agak sengit bagi kedua-dua kategori GP dan EP. Pertandingan bermula agak lewat kerana masalah teknikal. Kuasa elektrik yang rendah juga menyebabkan Compressor tidak dapat digunakan. Walaubagaimana pun pertandingan berjaya diselesaikan pada jam lebihkurang 5.45 pm. Tahniah buat saudara Isz Astro yang muncul juara kategori GP Expert, Saudara Wan Juara GP Novis dan Saudara Nana juara bagi kategori EP. Selamat datang juga diucapkan kepada pengiat-pengiat yang baru menyertai pertandingan sebegini. Diharapkan dengan adanya pertandingan sebegini khususnya di sekitar bandaraya Ipoh ini akan menarik minat lebih ramai lagi untuk sama-sama memeriahkan Hobi sihat bermain kereta kawalan radio.






Selamat Datang ke Ipoh RC Car Team

Foto saya
Laman Web ini diwujudkan bertujuan untuk menghimpunkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peminat Kereta Kawalan Radio di Perak. Sebarang cadangan untuk menambahbaik laman ini atau menambahkan bahan-bahan, sila majukan kepada Web master di ipohrcar@gmail.com

Tshirt Ipoh RCar Team

Berminat untuk mendapatkan T-Shirt Ipoh RCar Team

Tshirt berwarna kuning hitam iaitu warna kebanggan Negeri Perak. Peminat-peminat RC car yang berhajat untuk mendapatkan Tshirt tersebut boleh berhubung dengan En. Lemantoi ( 012-5232917 ) atau Tengku ( 019-5533691 ). Sehelai RM 40.00 sementara stok masih ada ( Stok terhad.. kalau ada permintaan kita buat lagi )

Race Batu kawan