Race Durian Berguguran Teluk Intan

22 November 2009 telah berlangsung Race Durian Berguguran di Teluk Intan. Dinamakan Durian berguguran adalah sempena musim durian di Teluk Intan yang mana semua peserta dihidangkan dengan Durian... Boleh makan seberapa banyak yang termampu ( dah macam race makan durian lak...)

 Laporan dari Abang Esham,

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang giliran laporan Race Durian Berguguran di Teluk Intan yang telah berlangsung pada 22/11/2009 di Track Teluk Intan bersebelahan Arena Square Teluk Intan.

Seramai lebih kurang 45 orang telah hadir sejak awal pagi lagi kecuali "The STAR Danial " lambat kerana telah bekerja keras malam tadi.. Pagi keadaan track masih basah dan kelihatan kakitangan majlis sedang blower track dan Sdr lan sedang mob serta vacuum track. Terima kasih.

Walaupun begitu hujan renyai dan gebas berlarutan sehingga pukul 12.00 dan Alhamdulillah pada 12:15 pm heat dapat dijalankan dengan EP touring Heat yang pertama dimulakan. Walaupun keadaan Track masih 40-70 % basah tetapi nampaknya para peserta masih mampu membuat lap yang baik – 15-20 lap.
Makan tengahari telah disediakan oleh pihak penganjur kira-kira pukul 1:00 pm serta durian yang baru dikutip juga dihidangkan. Peserta belasah durian sambil makan tengah hari. Air sirap dan mineral water juga disediakan. Pada pukul 4:00 Mee Hoon pula disediakan dengan sekali lagi durian second round. Terima kasih Yeop Cak sponsor durian.

Race berjaya diselesaikan pada pukul 6:30pm.Penyampaian Hadiah 7:00 dan semua bersurai 7:30pm. terima kasih buat semua sponsor dan penganjur bagi menjayakan race ini. Terima kasih buat lemantoi kerna jadi kamera man bebas pada hari tu. Baru 10minit khusus dengan Ijan dah dapat ambil shoot yang menarik. Terima kasih juga buat peserta dengan sokongan anda. Until the next race.

From us Transponder Pokok Cherry (TPC) - Shu/Esham





Selamat Datang ke Ipoh RC Car Team

Foto saya
Laman Web ini diwujudkan bertujuan untuk menghimpunkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peminat Kereta Kawalan Radio di Perak. Sebarang cadangan untuk menambahbaik laman ini atau menambahkan bahan-bahan, sila majukan kepada Web master di ipohrcar@gmail.com

Tshirt Ipoh RCar Team

Berminat untuk mendapatkan T-Shirt Ipoh RCar Team

Tshirt berwarna kuning hitam iaitu warna kebanggan Negeri Perak. Peminat-peminat RC car yang berhajat untuk mendapatkan Tshirt tersebut boleh berhubung dengan En. Lemantoi ( 012-5232917 ) atau Tengku ( 019-5533691 ). Sehelai RM 40.00 sementara stok masih ada ( Stok terhad.. kalau ada permintaan kita buat lagi )

Race Batu kawan