Race Nak Pose Teluk Intan 26/7/2009















Seawal jam 7.00 pagi semua peserta dah siap dilokasi... dengan semangat berkobar-kobar. Yang jauh, yang dekat masing-masing sibuk menyeting jentera masing-masing. Tapi race terpaksa ditangguh gara-gara hujan dah turun jam 9.00 pagi. Lebih Kurang jam 12.30 barulah hit pertama dapat dimulakan.. itupun selepas ada member-member yang kreatif mengeringkan litar. Ada yang guna tuala, baju, lee toyboy pula siap belah tong nitro buat timba air hujan.. Apa-apa pun yang bestnya race kali ni pasal makan.... Pagi sarapan. jam 10.00 pagi makan, tenga hari nasi, petang cendoi, malam mandi kuah kari...

Yang palig hebat dalam race kali ni adalah final C main.. sebabnya mereka ini jaguh bermain dalam gelap.. mula lebihkurang jam 8.00 mlm .. buletin utama dah start pun depa ni tak habis race lagi.. Tahniah Lan Bayan

Selamat Datang ke Ipoh RC Car Team

Foto saya
Laman Web ini diwujudkan bertujuan untuk menghimpunkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan peminat Kereta Kawalan Radio di Perak. Sebarang cadangan untuk menambahbaik laman ini atau menambahkan bahan-bahan, sila majukan kepada Web master di ipohrcar@gmail.com

Tshirt Ipoh RCar Team

Berminat untuk mendapatkan T-Shirt Ipoh RCar Team

Tshirt berwarna kuning hitam iaitu warna kebanggan Negeri Perak. Peminat-peminat RC car yang berhajat untuk mendapatkan Tshirt tersebut boleh berhubung dengan En. Lemantoi ( 012-5232917 ) atau Tengku ( 019-5533691 ). Sehelai RM 40.00 sementara stok masih ada ( Stok terhad.. kalau ada permintaan kita buat lagi )

Race Batu kawan