
Semalam 9/03/2011 jam 9.00 malam telah dijalankan Mesyuarat pertama AJK Penaja bagi Kelab Peminat Kereta Kawalan Jauh Ipoh bertempat di Restoran Simpang Tiga, Ipoh. Mesyuarat diadakan setelah permohonan untuk menubuhkan Kelab ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Mesyuarat ini juga diadakan untuk melantik Pengerusi serta AJK-AJK sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan. Semasa mesyuarat ini juga telah diusulkan antaranya keahlian kelab, perancangan aktiviti kelab serta mempromosikan kelab kepada semua peminat-peminat kereta kawalan jauh di Ipoh dan juga di seluruh Perak.
Salah satu perancangan aktiviti yang dibincangkan adalah untuk mengadakan pertandingan kereta kawalan jauh ( Fun Race ) yang dijangka akan diadakan pada 1 mei, 2011 di Arena Square Batu Gajah.
Juga turut dibincangkan berkaitan kelulusan untuk menjadikan Tempat Letak Kereta di Velodrom Rakyat sebagai Track sementara bagi membolehkan ahli-ahli kelab menjalankan aktiviti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan