
Laporan dari Abang Esham,
Seramai lebih kurang 45 orang telah hadir sejak awal pagi lagi kecuali "The STAR Danial " lambat kerana telah bekerja keras malam tadi.. Pagi keadaan track masih basah dan kelihatan kakitangan majlis sedang blower track dan Sdr lan sedang mob serta vacuum track. Terima kasih.
Walaupun begitu hujan renyai dan gebas berlarutan sehingga pukul 12.00 dan Alhamdulillah pada 12:15 pm heat dapat dijalankan dengan EP touring Heat yang pertama dimulakan. Walaupun keadaan Track masih 40-70 % basah tetapi nampaknya para peserta masih mampu membuat lap yang baik – 15-20 lap.
Makan tengahari telah disediakan oleh pihak penganjur kira-kira pukul 1:00 pm serta durian yang baru dikutip juga dihidangkan. Peserta belasah durian sambil makan tengah hari. Air sirap dan mineral water juga disediakan. Pada pukul 4:00 Mee Hoon pula disediakan dengan sekali lagi durian second round. Terima kasih Yeop Cak sponsor durian.
Race berjaya diselesaikan pada pukul 6:30pm.Penyampaian Hadiah 7:00 dan semua bersurai 7:30pm. terima kasih buat semua sponsor dan penganjur bagi menjayakan race ini. Terima kasih buat lemantoi kerna jadi kamera man bebas pada hari tu. Baru 10minit khusus dengan Ijan dah dapat ambil shoot yang menarik. Terima kasih juga buat peserta dengan sokongan anda. Until the next race.
From us Transponder Pokok Cherry (TPC) - Shu/Esham






