Hari Ahad 25/10/2009 telah berlangsung Fun Race kat Taman DR... Terima kasih kepada Abang Din Satey dan Amy kerana telah berusaha untuk menjayakan Race tersebut. Terima kasih juga kepada semua member-member terutama orang lama macam Nana, Daneal, Abu Esso kerana memberi sokongan untuk race kali ni.. Race ni sebenarnya untuk menghidupkan kembali aktiviti RC car di bandaraya Ipoh ni yang selama ini kelihatan amat suram. Dengan adanya Race macam ni sekurang-kurang menimbulkan minat terutama member-member baru untuk terus meminati hobi ni.
Walaupun tanpa kelengkapan canggih, transponder pakai tekan je dan PA system pakai sound laptop .. tetapi Race ni tetap berjalan dengan lancar, meriah. Makan tengahari pun boleh tahan gak sedapnya… Layout track yang dibina juga bolehla dikira mencabar.. ye la litar rollers skates nak ubah macamana lagi ye dak…